Lampu acara terjatuh di belakang badan, Alyah dikejarkan ke hospital – Terbakor
Lampu acara terjatuh di belakang badan, Alyah dikejarkan ke hospital
Penyanyi Alyah terpaksa dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara selepas lampu spot light terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat lepas. Dikatakan, Alyah tidak mampu bercakap kerana menahan kesakitan tetapi dia kini dilaporkan stabil.
Alyah dikejarkan ke hospital

Lampu spotlight terjatuh atas belakang Alyah
PETALING JAYA: Penyanyi Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.
Sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mStar Online, Alyah mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan untuk membolehkan dia mendapatkan rawatan.
“Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.
“Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut,” ujarnya.
Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.
Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna.
Sumber : Mstar
Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini 
Page 1 of 2 | Next page