Guru disiplin dibelasah 15 pelajar samseng dalam kelas – Terbakor

 

Guru disiplin dibelasah 15 pelajar samseng dalam kelas 

 

Seorang guru disipilin teruk dibelasah 15 pelajar ala samseng hanya kerana die menegur pelajar berkenaan yang tidak menyertai perhimpunan. Pelajar pelajar terbabit turut memecahkan cermin tingkap kelas. Guru terbabit kemudiannya diselamatkan guru guru lain yang datang membantu.

 

Guru disiplin dibelasah 15 pelajar

 Guru disiplin dibelasah 15 pelajar samseng dalam kelas - Terbakor

15 pelajar belasah guru disiplin

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply