Tangan hancur hingga ke bahu ditelan mesin pengisar tepung – Terbakor

 

Tangan hancur hingga ke bahu ditelan mesin pengisar tepung

 

Mengerikan! Tangan seorang pengusaha kedai kek hancur hingga ke paras bahu akibat dikisar mesin pengisar tepung di kedainya. Ketika kejadian, tangan wanita dikenali sebagai Alice, 40-an tersepit di dalam mesin pengisar itu. Alice telah mengendalikan kedai kek itu selama lebih kurang 10 tahun.

 

Tangan hancur hingga ke bahu dikisar mesin 

 Tangan hancur hingga ke bahu ditelan mesin pengisar tepung - Terbakor

Tangan hancur hingga ke bahu ditelan mesin pengisar tepung - Terbakor

Tangan hancur dikisar mesin

KUCHING: Malang tidak berbau bagi seorang pengusaha kedai kek dan roti di Simunjan, dekat sini, apabila tangan kanannya hancur hingga ke bahu selepas tersepit dalam mesin pengisar tepung di kedainya, semalam.

Difahamkan, wanita dikenali sebagai Alice, 40-an yang mengendalikan perniagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu ditimpa musibah ketika memproses tepung, jam 6 pagi. 

Kejadian hanya disedari beberapa pekerja mendengar jeritan mangsa yang mengerang kesakitan.

Menurut pekerjanya yang enggan dikenali, ketika kejadian mereka dalam proses menyiapkan roti sebaik memulakan operasi seawal jam 5.45 pagi.

 

Sumber : Harian Metro

Page 1 of 2 | Next page