
Tangan hancur hingga ke bahu ditelan mesin pengisar tepung
Mengerikan! Tangan seorang pengusaha kedai kek hancur hingga ke paras bahu akibat dikisar mesin pengisar tepung di kedainya. Ketika kejadian, tangan wanita dikenali sebagai Alice, 40-an tersepit di dalam mesin pengisar itu. Alice telah mengendalikan kedai kek itu selama lebih kurang 10 tahun.
Tangan hancur hingga ke bahu dikisar mesin


Tangan hancur dikisar mesin
KUCHING: Malang tidak berbau bagi seorang pengusaha kedai kek dan roti di Simunjan, dekat sini, apabila tangan kanannya hancur hingga ke bahu selepas tersepit dalam mesin pengisar tepung di kedainya, semalam.
Difahamkan, wanita dikenali sebagai Alice, 40-an yang mengendalikan perniagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu ditimpa musibah ketika memproses tepung, jam 6 pagi.
Kejadian hanya disedari beberapa pekerja mendengar jeritan mangsa yang mengerang kesakitan.
Menurut pekerjanya yang enggan dikenali, ketika kejadian mereka dalam proses menyiapkan roti sebaik memulakan operasi seawal jam 5.45 pagi.
Sumber : Harian Metro







Mai kita perkenalkan prosedur kerja selamat untuk apa jua jenis kerja, demi keselamatan semua. Tak kira apa jenis kerja . Banyak pihak yang berkenaan perlu melihat kepada keperluan asa budaya kerja selamat dan sihat. Jom sama sama kita cari kaedah "PREVENTIVE BETTER THAN CURE". Jemput jadi ahli MSOSH (Malaysian Society of Occupational Safety and Health) boleh tolong cari dan beri idea idea terbaik.
Sangat alu-alukan supaya suara kotemporari Kosmo sama sama membantu warga kerja agar dapat bekerja dengan selamat dan tidak jejaskan kesihatan kerana tidak menitik beratkan.prosedur kerja. Kita mulakan OSH di KOSMO