Fizz Fairuz serik cerita soal kahwini Almy Nadia – Terbakor

Fizz Fairuz serik cerita soal kahwini Almy Nadia
Aktor Fizz Fairuz mengakui dia serik untuk bercerita kepada umum soal hubungannya dengan Almy Nadia. Ini kerana kenyataannya sebelum ini telah menjadi kontroversi dan menimbulkan kekeliruan pelbagai pihak. Almy Nadia pula memberikan kenyataan sebaliknya dengan mengatakan hubungan dia dan Fizz Fairuz sedang retak.
Fizz Fairuz

Fizz Fairuz dan Almy Nadia
PETALING JAYA: Aktor Fizz Fairuz mengakui kontroversi yang timbul berhubung kenyataannya untuk mengahwini aktres Almy Nadia sebelum ini membuatkan dia berasa serik bercerita mengenai perkara itu.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 33, berkata, dia kini lebih senang mengambil pendekatan untuk berdiam diri sehingga perancangan ke arah itu benar-benar menjadi kenyataan kelak.
“Saya sudah serik dengan kontroversi yang timbul sebelum ini apabila kenyataan saya (isu kahwin) disalah ertikan dan mengeruhkan keadaan.
“Kini, saya hanya mahu berdiam diri sehinggalah perancangan untuk berkahwin benar-benar akan berlaku,” katanya ketika ditemui mStar Online selepas pelancaran filem Hantu Kapcai di sini, petang Selasa.
Kontroversi hubungannya dengan Almy Nadia tercetus selepas aktres itu berkata kepada sebuah akhbar mingguan itu pada Mei lalu kononnya hubungan mereka diibaratkan retak menanti belah.
Almy mendakwa hubungan mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan aktor itu.
Ditanya mengenai status hubungannya dengan aktres Almy Nadia, Fizz berkata, mereka masih berkawan seperti biasa tanpa isu masalah namun tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
“Kalau diikutkan pada mata kasar mungkin orang nampak saya sudah mampu untuk berkahwin. Saya memang sudah mampu dan bersedia untuk berkeluarga tetapi banyak perkara yang perlu saya penuhi termasuk mengutamakan ibu saya.
Page 1 of 2 | Next page