Ning Baizura tarik diri Guinness Athur’s Day, gambar disalah guna syarikat arak – Terbakor

 

Ning Baizura tarik diri Guinness Athur’s Day, gambar disalah guna syarikat arak 

 

Jika tadi, Mizz Nina tampil memberikan alasannya berkenaan penglibatannya membuat persembahan dalam majlis ulang tahun syarikat arak Guinness, Athur’s Day, kini Ning Baizura pula menegaskan dia sudah menarik diri dari persembahan tersebut. Tambahnya lagi, gambarnya telah digunakan pihak berkenaan tanpa kebenarannya. 

p/s : Adakah Ning Baizura akan menyaman pihak Guinness kerana telah menggunakan namanya tanpa kebenaran seperti mana beliau mahu menyaman pihak yang menyebarkan fitnah dia akan menyertai PAS? 

Ning Baizura Guinness Athur’s Day

 Ning Baizura tarik diri Guinness Athur's Day, gambar disalah guna syarikat arak - Terbakor

Ning Baizura tarik diri dari Guinness Athur’s Day

Susulan tersebarnya poster yang mendakwa Ning Baizura bakal membuat persembahan sempena Aurthur’s Day yang akan diadakan pada 28 September ini, pihak pengurusan Ning, HappenNINGS (M) Sdn. Bhd. mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menyangkal dakwaan ini.

NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT “GUINNESS ARTHUR’S DAY”

Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara ”Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.

Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.

Poster Konsert Souled Out Sempena Hari Arthur anjuran Guinness yang dikatakan digunakan oleh pihak penganjur tanpa persetujuan dari Ning Baizura.

 

Sumber : Budiey.com

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site