400 juta unit saham Felda Global Ventures Holding milik Genting Bhd – Terbakor

 

400 juta unit saham FGVH milik Genting Bhd 

 

 

Ini ada artikel panas sikit yang ingin kami kongsikan mengenai Felda Global Ventures Holding. Dikatakan kini, 400 juta unit saham FGVH adalah milik Genting Berhad. Tapi dari komen komen yang kami perhatikan, ada yang kata, biasalah adat saham ada turun ada naik. Hehe, apa kata korang?

 

 Unit saham Felda Global Ventures Holding

400 juta unit saham Felda Global Ventures Holding milik Genting Bhd - Terbakor

FGVH

Kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini bahawa pegangan dan kepentingan peneroka kekal terpelihara. Bahkan menjamin dari unsur yang melanggar syarak.

“Saya adalah anak pengasas Felda, Ayahnda Almarhum Tun Abd Razak. Saya bersumpah tidak akan khianat apa yang telah dibina oleh Ayahnda saya”.nampak macam tegas ucapan Najib.

Hari ini saham menjunam tinggal RM4.78. Esok lusa tak tau lagi. Adakah Najib akan kata, turun naik saham perkara biasa. Hujah yang sama diberikan oleh Dato Abd Ghani Othman, Menteri Besar Johor waktu lingkupnya Amanah Saham Johor. Pemimpin Umno tak fikir derita rakyat. Berapa ramai pemegang saham ASJ yang muflis kerana ghairah beli saham ASJ sebab percaya sangat cakap Ghani Othman. Hingga buat loan di Bank mencecah RM 100,000. 
Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard…adat main saham, ada untung ada rugi!

Masa ghairah promote FGVH,…apa yang pemimpin Umno tak jamin?
Bulan, bintang….masyaallah.
Jangan dengar cakap pembangkang, tak de wawasan, ****h, ……

Kini bukan sahaja saham FGVH jatuh, isu syarikat judi beli saham seperti saya paparkan dlm FB ni pun, PM dan Isa Samad terkedu. Sudah tidak mampu menjaminnya. Peneroka dan pemegang saham tidak kira Ustaz, Imam, Bilal dan lain2 terpalit sama. Menanggung dosa!

Bukan sikit, 400 juta unit saham Genting Bhd dalam FGVH….

Mewakili ANAK, saya mendesak YAB PM buat penjelasan segera kedudukan meruncing saham FGVH; juga kedudukan sebenar mekanisme syariah bagi mengelakkan pemegang saham terjebak dlm pelaburan haram atau syubhat.

Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan mengutus surat Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong mohon pemakluman mengenai status memorandum yg dihantar pada Himpunan Oren 14 Julai lalu. Keyakinan kami Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu sedang meneliti perkembangan terkini mengenai FGVH.

GSF sedang berusaha mendapat perkenan untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi berkongsi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia.

Sumber : Gempak.org

Loading...

Leave a Reply