
Derita remaja tanpa taraf warganegara Malaysia
Enam remaja termasuk seorang wanita terpaksa menanggung derita dan pelbagai kesulitan akibat kesilapan lampau ibu bapa dan peraturan ketat Jabatan Pendaftaran Negara menyebabkan mereka tidak boleh mempunyai kad pengenalan diri. Akibatnya, mereka tidak berkahwin kerana takut zuriat mewarisi kesulitan, jauh sekali bersekolah atau bekerja, selain terperap di rumah disebabkan risau berdepan tindakan pihak berkuasa.
Remaja tiada pengenalan diri

Derita remaja tiada kad pengenalan
KUALA LUMPUR: Warga tanpa negara. Begitulah situasi dihadapi enam remaja serta seorang wanita yang terpaksa berdepan pelbagai kesulitan akibat kesilapan lampau ibu bapa dan peraturan ketat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hingga menyebabkan mereka tidak boleh menjalani kehidupan seperti orang lain akibat tiada status pengenalan diri.
Akibatnya, mereka terpaksa mengikat nafsu kerana tidak boleh berkahwin berikutan khuatir zuriat mewarisi kesulitan, jauh sekali bersekolah atau bekerja, selain terperap di rumah disebabkan risau berdepan tindakan pihak berkuasa.
Apa yang menghairankan, dua daripada remaja terbabit gagal memperoleh pengenalan diri kerana ibu bapa tidak mempunyai sijil nikah sedangkan empat abang dan kakak tidak berdepan masalah sama.
Berikut pengakuan tiga ibu malang yang kini tidak putus-putus berusaha mendapatkan hak warganegara untuk anak mereka yang dilahir dan dibesarkan di negara ini bagi mengelak masalah itu berlarutan hingga ke generasi seterusnya.
Sumber : Harian Metro




