Taman Tema Legoland jalani ujian akhir – Terbakor

Taman Tema Legoland jalani ujian akhir

 

Taman tema Legoland Malaysia di Nusajaya, Johor Bahru kini dalam peringkat percubaan terakhir sebelum dibuka kepada umum 15 September 2012 ini. Ia bertujuan memastikan kesemua fasiliti yang terdapat di taman tema berkenaan dapat beroperasi dengan baik dan selamat.

 

 Taman tema Legoland

Taman Tema Legoland jalani ujian akhir - Terbakor

Legoland Malaysia

JOHOR BAHRU – Taman tema terbaharu, Legoland Malaysia di Nusajaya kini dalam peringkat percubaan tahap terakhir membabitkan semua permainan dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum ia dibuka kepada umum pada 15 September ini.

Ia bertujuan memastikan kesemua fasiliti yang terdapat di taman tema berkenaan dapat beroperasi dengan baik dan selamat.

Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, Thila Munusamy berkata, bagaimanapun syarikat pengurusan menjemput beberapa pihak seperti media dan ahli keluarga pengurusan merasai dulu keriangan di taman tema tersebut bagi mendapatkan maklum balas terhadap persediaan sebelum dibuka.

“Percubaan terakhir ini juga merupakan latihan secara langsung kepada kakitangan di taman tema itu.

“Kami menyasarkan seramai mungkin pengunjung pada hari pembukaan rasmi nanti,” katanya kepada pemberita semasa lawatan khas media dan ahli keluarga pengurusan ke Legoland Malaysia di sini semalam.

 

Sumber : Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Page 1 of 2 | Next page