Demam Gangnam Style di seluruh dunia – Terbakor

 

Demam Gangnam Style di seluruh dunia 

 

Tak dapat dinafikan, sejak beberapa minggu lepas, satu dunia termasuk Malaysia dilanda demam Gangnam Style sehinggakan ramai yang membuat cover Gangnam Style dengan cara masing masing. Aksi penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy telah ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.

Gangnam Style PSY

Demam Gangnam Style di seluruh dunia - Terbakor

Fenomena Gangnam Style

SEOUL – Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.

Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.

Menurut agensi pelancongan Cosmojin yang melakukan tinjauan itu, Psy menduduki tempat pertama senarai berkenaan diikuti bintang bola sepak Korea Selatan, Park Ji Sung, Presiden Lee Myung Bak dan bintang luncur ais, Kim Yuna.

Mula mewarnai dunia muzik Korea Selatan dengan album pertamanya, PSY… From the Psycho World!pada 2001, penyanyi berkenaan mengaku muziknya menyimpang daripada K-Pop.

Penyanyi berkenaan lebih gemar menampilkan muzik berunsur sinis dan satira.

Dia pernah dikenakan sejumlah denda setelah album sulungnya didapati mengandungi kandungan yang tidak sesuai manakala album keduanya Ssa 2 diharamkan di negara berkenaan pada 2002.

Sejak dari itu, Psy dikenali sebagai penyanyi kontroversi dengan popularitinya juga tenggelam timbul.

 

Sumber : Kosmo

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. qadar says:

    populariti terus melonjak psy ni.tarian yg dibuat cukup hebat.

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site