Dua pemain Terengganu sangkal dakwaan bawa pulang wanita ke hotel – Terbakor

Dua pemain Terengganu sangkal dakwaan bawa pulang wanita ke hotel 

 

Dua pemain Terengganu, Muslim Ahmad yang sebelum ini digugurkan dari skuad itu bersama rakan sepasukan, Ismail Faruqi kerana didakwa melanggar disiplin oleh jurulatih mereka, Peter James Butler tampil menjelaskan perkara sebenar. Mereka juga dituduh pulang lewat dan membawa masuk wanita ke dalam hotel. 

Tuduhan Peter James Butler

Dua pemain Terengganu sangkal dakwaan bawa pulang wanita ke hotel - Terbakor

Dua pemain Terengganu disingkir kerana bawa pulang wanita ke dalam hotel

BELI panadol, bukan bawa balik wanita ke hotel. Demikian penjelasan Muslim Ahmad yang sebelum ini digugurkan daripada skuad utama Terengganu bersama rakan sepasukan, Ismail Faruqi gara-gara didakwa melanggar disiplin oleh jurulatih, Peter James Butler.

Selain dituduh pulang lewat, mereka juga didakwa membawa wanita balik ke hotel oleh Butler selepas perlawanan menentang Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu.

Muslim menjelaskan, dia bukannya membawa balik wanita ke bilik penginapan, sebaliknya hanya pulang lewat pada hari kejadian kerana membeli makanan dan panadol untuk Ismail yang demam.

“Kita orang tak buat (bawa balik mana-mana wanita ke hotel) sebab kita orang ada bukti. Kita orang pun tak tahu macam mana laporan itu dibuat (Butler) dan dia pun tak buat laporan kepada persatuan (PBSNT).

“Memang saya (akui) keluar lewat. Tapi saya keluar beli makanan dan panadol untuk Ismail sebab dia demam,” dakwa Muslim kepada Kosmo!.

Kosmo! semalam melaporkan nasib malang Muslim dan Ismail yang digugurkan dari skuad utama Terengganu selepas mereka didakwa pulang lewat ke bilik penginapan sekitar pukul 3 pagi, selain didakwa membawa pulang wanita ke bilik hotel oleh Butler.

Dalam pada itu, Ismail turut menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Butler dan telah menyerahkan perkara itu kepada pihak atasan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menilai situasi sebenar.

“Dakwaan itu (membawa wanita ke hotel) sangat tidak berasas, jadi saya dan Muslim telah menyerahkan kes ini kepada pihak atasan untuk menilai situasi ini.

“Tuduhan berat itu telah memberikan kesan buruk kepada imej kami, keluarga, pasukan dan pihak pengurusan PBSNT.

Page 1 of 2 | Next page