Anas Mentor enggan ulas isu curang, bercinta dengan Ana Syuhada – Terbakor

Anas Mentor enggan ulas isu curang, bercinta dengan Ana Syuhada
Protege Faizal Tahir dalam Mentor , Anas Ridzuan enggan mengulas tentang isu curang dan bercinta dengan seorang lagi protege, Ana Syuhada. Anas Mentor didakwa curang dengan kekasih yang sudah dikenali selama lima tahun selepas intim dengan Ana Syuhada. Bagi Anas, soal itu adalah soal peribadinya dan dia berhak untuk tidak memberikan komen tentang isu itu.
Anas Mentor

Anas Mentor curang
PETALING JAYA: Penyanyi Anas (Mentor 6) enggan mengulas tuduhan kononnya dia berlaku curang kepada kekasihnya yang dikenali lebih lima tahun lalu selepas dikatakan intim dengan seorang finalis program itu, Ana Syuhada Noor Asram.
Anas atau nama sebenarnya Anas Ridzuan, 23, berkata, perkara tersebut sama ada benar atau tidak adalah urusan peribadinya dan dia berhak untuk tidak memberikan komen lanjut berhubung tuduhan tersebut.
“Saya tidak mahu ulas lanjut mengenai perkara (curang) itu kerana ia adalah urusan peribadi saya. Saya mohon perkara itu dihormati,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis.
Mengenai desas-desus kononnya dia sedang menjalin hubungan dengan Ana Syuhada, Anas berkata, keakrabannya dengan bekas protege kepada Ramlah Ram itu hanya berlandaskan hubungan persahabatan.
“Memang saya rapat dengan Ana sejak dalam Mentor lagi. Kami serasi dan dia banyak berkongsi ilmu mengenai aspek vokal tetapi hanya kawan biasa.
“Buat masa ini, kami belum sampai ke tahap bercinta. Saya memang menyenangi Ana tetapi banyak perkara yang perlu saya kenali sebelum memikirkan soal bercinta,” hurainya.
Ditanya mengenai perkembangan kerjaya, Anas berkata, dia bakal mempromosikan lagu sulungnya berjudul Hanya Dirimu di corong-corong radio dalam masa terdekat.
Page 1 of 2 | Next page