
Dani Tiger dan rakan didakwa bakar teman wanita
Mohd Amir Mohd Anuar, 19 atau nama samarannya Dani Tiger didakwa bersama seorang rakan berusia 24 tahun di mahkamah atas tuduhan membakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16 hingga wanita itu koma akibat terbakar 30% dari atas kepala hingga pinggang. Hukuman penjara maksimum 20 tahun akan dikenakan jika sabit kesalahan.
Teman lelaki bakar Nurul Firzanah

Dani Tiger ditahan kerana bakar kekasih
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan cara membakar menggunakan petrol sehingga melecur anggota badan.
Turut didakwa rakan lelaki berkenaan dengan pertuduhan sama mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim S. M Komathy Suppiah.
Teman lelaki wanita itu, Mohd Amir Mohd Anuar, 19, dan rakannya Muhammad Faiz Kamaruddin, 24, didakwa bersama-sama dengan niat cuba membunuh Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dengan membakarnya sehingga menyebabkan cedera sehingga 30 peratus pada anggota badannya.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kawasan semak di belakang Puspakom, Wangsa Maju pada pukul 3.15 pagi, 13 Ogos lalu.
Hakim Komathy menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes. Kedua-dua mereka ditahan di Penjara Sungai Buloh. – BERNAMA
Sumber : Kosmo





x pasal2 ko kene hukum…ape punya bodoh manusia bakar org ingat ape…aku rasa skang ni mcm hidup kat zaman batak,bakar org ,sembelih ,potong org apela…klu betul 2 org ni bersalah meringkup la ko 20 tahun dlm tu…