17 dipancung kepala kerana amal pergaulan bebas di pesta – Terbakor

17 dipancung kepala kerana amal pergaulan bebas di pesta

 

Di Kandahar, sebuah pesta larut malam menjadi tragedi apabila seramai 15 orang lelaki dan 2 orang wanita  ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam. Semua mangsa dibunuh dipercayai kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

 

 Dipancung kerana hadiri pesta

17 dipancung kepala kerana amal pergaulan bebas di pesta - Terbakor

Dipancung kerana amal pergaulan bebas

KANDAHAR – Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai.

Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.

“Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban,” kata Nimatullah.

Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan kekejaman tersebut.

 

Sumber : Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site