Lelaki tegur adik ipar sering pukul isteri maut ditikam – Terbakor

 

Lelaki tegur adik ipar sering pukul isteri maut ditikam 

 

Teguran seorang lelaki terhadap adik iparnya yang suka memukul isteri mengundang tragedi apabila dia maut ditikam adik iparnya itu. Sebelum itu berlaku pertengkaran diantara mereka di halaman rumah ibunya jam 7.30 malam. 

 

Maut ditikam adik ipar

Lelaki tegur adik ipar sering pukul isteri maut ditikam - Terbakor

Teguran bawa maut

MELAKA: Aidilfitri sepatutnya disambut dengan amalan bermaaf-maafan, namun bagi dua bersaudara keadaan menjadi sebaliknya apabila seorang lelaki maut akibat ditikam adik iparnya sendiri di Kampung Serkam Pantai, dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa, Rashid Ahmad, 46, mati jam 1.40 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka kerana cedera di bahagian pinggang kiri akibat ditikam dengan pisau.

Sebelum itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan adik iparnya di halaman rumah ibunya jam 7.30 malam sebelum mangsa ditikam.

Kejadian bermula selepas mangsa, anak kelapan daripada 10 beradik, menegur sikap adik iparnya itu yang sering memukul isterinya berusia 36 tahun.

 Sumber : Harian Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site