Dani Tiger, suspek bakar teman wanita hingga koma ditahan polis – Terbakor

 

Suspek bakar teman wanita hingga koma ditahan polis

 

Polis menahan lelaki yang disyaki membakar kekasihnya, Nurul Firzanah, 16 hingga koma 13 Ogos lalu. Suspek,  Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat  ditahan awal pagi tadi di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya bersama sorang wanita. Kedua dua mereka di tahan reman lima hari bermula hari ini.

 

 Suspek bakar teman wanita ditahan

Dani Tiger, suspek bakar teman wanita hingga koma ditahan polis - Terbakor

Dani Tiger ditahan

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya. 

“Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini. 
 
Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini. 

Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan. 

Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA 

Sumber : Bharian.com.my

Loading...

Leave a Reply