Ayu Raudhah nafi atur hubungan Jue dan Aidil Zafuan – Terbakor

Ayu Raudhah nafi atur hubungan Jue dan Aidil Zafuan
Baru baru ini timbul gosip mengenai percintaan Aidil Zafuan dan Jue Aziz biarpun Aidil belum menyelesaikan kes cerainya dengan Rita Rudaini. Gosip mendakwa, Jue diperkenalkan oleh Ayu Raudhah kepada Aidil Zafuan. Kini, Ayu Raudhah tampil menjelaskan hal sebenarnya dan dia menegaskan tidak terlibat di dalam mengatur hubungan abang iparnya dengan Jue Aziz.
Jue Aziz dan Aidil Zafuan

Gosip Jue Aziz dan Aidil Zafuan
NAMA pelakon cantik yang baru sahaja berhijab sejak 1 Ramadan lalu, Ayu Raudhah kembali menjadi fokus ekoran dakwaan menjadi orang tengah antara abang iparnya, Aidil Zafuan dengan pelakon Jue Aziz.
Menurut ruangan gosip sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Aidil, yang merupakan suami Rita Rudaini, menjalin hubungan cinta dengan Jue.
Laporan itu mendakwa perkenalan kedua-dua mereka diatur oleh Ayu.
Menjawab dakwaan itu, Ayu berkata, “saya tidak tahu macam mana nama saya boleh dikaitkan dengan hal itu.”
“Ini kerana saya tidak pernah mencampuri segala hal dan urusan hidup Aidil,” kata Ayu.
Dengan nada kecewa Ayu menambah, “sekarang ini, apa saja berkaitan Aidil, mesti nama saya terpalit sama sedangkan saya tidak tahu menahu mengenai perkenalan mereka.”
Ayu mengaku ada membaca gosip itu berkata, lebih elok soalan berkaitan dituju kepada Aidil dan Jue sendiri.
“Tanya kepada tuan badan sendiri kerana saya memang tidak ketahui pucuk pangkalnya dan tak pasal-pasal nama saya yang kena,” katanya.
Ayu sebelum turut dihimpit kontroversi apabila dikatakan dirinya dan suaminya, Zaquan Adha mencampuri urusan rumah tangga Aidil dan Rita dengan ‘membantu’ Aidil keluar dari rumahnya.
Aidil dilaporkan meninggalkan kediaman mereka di Damansara pada Januari lalu.
Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM, yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Page 1 of 2 | Next page