Polis siasat FB Pemuda Umno Malaysia kerana main isu agama – Terbakor

 

Polis siasat FB Pemuda Umno Malaysia kerana main isu agama 

 

Polis telah memulakan siasatan terhadap laman Facebook fanpage yang menggunakan nama Pemuda Umno Malaysia atas dakwaan memainkan isu keagamaan dan menganggu sensitiviti umat Islam di negara ini. Di dalam laman itu juga turut diletakkan paparan poster berbaur hasutan dengan tulisan “Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you’.

 

 Pemuda Umno Malaysia

 Polis siasat FB Pemuda Umno Malaysia kerana main isu agama - Terbakor

Laman FB Pemuda Umno Malaysia disiasat

KUALA LUMPUR – Polis telah memulakan siasatan berkenaan dengan kewujudan satu akaun laman sosial Facebook, yang menggunakan nama Pemuda Umno dan memaparkan mesej berbaur hasutan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi  dan Multimedia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, “kita masih menyiasat kes ini dan akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak.”

“Setakat ini, kita hanya menerima satu laporan berkaitan kejadian tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kelmarin, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis selepas menyedari kewujudan laman sosial palsu itu pada Sabtu lalu, yang meletakkan profilnya sebagai ‘Pemuda Umno Malaysia’.

Dalam laman sosial sama turut diletakkan satu paparan poster berbaur hasutan dengan tulisan “Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you’.

Laman sosial itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin Umno khususnya dari Selangor yang kini mempunyai lebih 50,000 pengikut.

Difahamkan, akaun tersebut sudah tidak aktif pada petang sebelum laporan polis dibuat oleh Ibdilillah.

Sumber : Sinar

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site