Gadis dibakar kekasih masih koma, lebih derita jika sedar – Terbakor

 

Gadis dibakar kekasih masih koma, lebih derita jika sedar

 

Menurut doktor, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16 yang koma dibakar teman lelaki 13 Ogos lalu mungkin kekal koma dalam masa tiga bulan lagi, malah, keadaannya dijangka akan bertambah sakit dan teruk jika dia sedar. Kerana itu, doktor terpaksa memberikan ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan yang dihadapinya. 

Gadis koma dibakar teman lelaki

Gadis dibakar kekasih masih koma, lebih derita jika sedar - Terbakor

Gadis dibakar kekasih masih koma, lebih derita jika sedar - Terbakor

Nurul Firzanah Mat Zaki

KUALA LUMPUR: Bagi pasangan suami isteri, Mat Zaki Hussin, 45, dan Norliyati Hamid, 41, sambutan Aidilfitri tahun ini semakin pilu kerana anak mereka Nurul Firzanah, 16, yang dibakar teman lelaki pada 13 Ogos lalu bukan saja masih koma, malah doktor memaklumkan dia akan kekal begitu sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan akan datang.

“Kata doktor, Nurul hanya akan terjaga daripada koma dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada sekarang. Nurul akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat ini.

“Disebabkan itu, doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya tidak berasa sakit,” kata Mat Zaki yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari raya pertama, kelmarin.

Nurul Firzanah mengalami kesan melecur lebih 25 peratus di seluruh tubuh terutama di bahagian muka akibat disimbah petrol sebelum dibakar teman lelakinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju.

Sumber : Harian Metro

Loading...

Leave a Reply