Abby Abadi: ‘Politik bukan bidang saya’ – Terbakor
Abby: ‘Politik bukan bidang saya’
Banyak cemuhan yang aktress Abby Abadi dapat sejak dia mula mengenakan pakaian Muslimah dan menyertai parti PAS. Namun, menurutnya, dia tidak sikit pun terkesan dengan cemuhan itu semua. Dia juga menegaskan, bidang politik bukan untuk dirinya lalu tampil menjelaskan setiap kontroversi yang timbul dari kata katanya sebelum ini.
Abby Abadi

Kontroversi Abby Abadi
Penglibatan selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu. Sejak itu dia hanya banyak menjawab pandangan dan kritikan menerusi alam siber Twitter.
Selain itu pandangannya hanya dapat diketahui menerusi pentas ceramah atau forum anjuran parti politik.
Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena sebagai ahli Pas.
Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak mengambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.
“Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Muda dekat sini malam tadi.
Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai “ahli politik” secara aktif.
“Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.
“Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik,” jelasnya.
“Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH,” kata pelakon popular Gerak Khas ini.
Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.
Page 1 of 2 | Next page