Neelofa terima teguran Yusof Haslam, isu diperbesarkan – Terbakor

Neelofa terima teguran Yusof Haslam, isu diperbesarkan
Neelofa dalam satu kenyataan rasminya berkata dia menerima teguran Datuk Yusof Haslam mengenai isu lupa diri. Padanya teguran itu seperti teguran seorang bapa kepada anak dan isu ini telah diperbesarkan pihak media. Sebelum ini, artikel tersebar mengatakan Datuk Yusof Haslam menasihati Neelofa agar tidak lupa diri kerana akstress itu tidak datang ke promosi filem S.A.M.
Neelofa

Neelofa dan Yusof Haslam
Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.
“Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.
“Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.
“Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga,” katanya yang dihubungi mStar online di sini, Isnin.
Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.
Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.
Page 1 of 2 | Next page