Bayi Rini AF kritikal lepas 2 hari dilahirkan kerana jatuh katil – Terbakor

 

 Bayi Rini AF kritikal lepas 2 hari dilahirkan kerana jatuh katil 

 

Perasaan gembira apabila baru menimang cahaya mata pertama bertukar sedih apabila bayi perempuan Rini AF7 kini kritikal kerana jatuh katil. Kata Rini, dia meletakkan bayinya di atas katil selepas menyusu, namun apabila dia bangun keesokan pagi, anaknya sudah jatuh di atas tilam yang berada di bawah. 

 

p/s : Melalui komen komen yang ada di blog2 dan Facebook, ramai seperti menyalah Rini. Ada yang kata Rini tidur ganas sampai anak jatuh pun tak sedar. MashaAllah, perlu diingatkan ya, Rini melahirkan anak secara pembedahan, jadi susah dia nak bergerak sana sini dengan senang. Jadi tak timbul isu tidur ganas. 

 

Jadi, janganlah menyalahkan si ibu. Mana ada ibu yang mahu anaknya jadi begini kan? Mari kita sama sama doa untuk anak Rini. Tapi ambil pengajaran, seharusnya perlu ada penjaga untuk menjaga ibu yang baru melahirkan. Dan kalau boleh, tidur atas tilam, bukan katil. Kalau admin la, selalu tengok ibu dalam pantang tidur dekat ruang tamu dan dijaga oleh ibu bapa atau saudara mara. 

 

 Rini AF7

 Bayi Rini AF kritikal lepas 2 hari dilahirkan kerana jatuh katil - Terbakor

Anak Rini AF kritikal

Perasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu.

Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu.

“Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.

“Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Page 1 of 2 | Next page