Giliran Nurul Syuhada, Ayu Raudhah pula bertudung? – Terbakor

 

 Giliran Nurul Syuhada, Ayu Raudhah pula bertudung? 

 

Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, nampaknya semakin ramai artis wanita Malaysia mula membuat keputusan mengenakan tudung. Baru baru ini, pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain tampil di MHI (Malaysia Hari Ini) di TV3 dengan imej bertudung. Khabarnya, Ayu Raudhah juga mula mengenakan imej bertudung. 

 

Artis wanita bertudung

 Giliran Nurul Syuhada, Ayu Raudhah pula bertudung? - Terbakor

Imej bertudung artis Malaysia

ALHAMDULILLAH, langit Ramadan sentiasa memberikan rahmat serta berkat buat muslimin dan muslimat.

Dalam enak melayari Ramadan yang terasa cepat benar berjalan, Diva rasa khalayak sudah ramai yang tahu tentang berita penghijrahan beberapa artis tempatan.

Gambar Shila Amzah bertudung yang tersebar luas kini menjadi topik perbincangan di internet. Shila yang bermata bulat kelihatan cantik mengenakan tudung. Manis, pasti abang Sharnaaz makin sayang.

Diva dapat cerita juga yang Nurul Syuhada Nurul Ain, pengacara yang manis berlesung pipit dan bijak berbicara juga tampil bertudung dalam program Malaysia Hari Ini (MHI). Diva tak sempat tengok program itu.

Terbaharu, Diva dengar pelakon dan isteri Zaquan Adha iaitu Ayu Raudhah pun sudah mengenakan hijab. Teman Diva memberitahu yang Ayu minta dia sediakan tudung untuk tujuan fotografi kerana dia kini berhijab.

Semoga ramai lagi yang berhijab dan jalankan tanggungjawab sebagai muslimat dengan lemah lembut dan cara yang benar.

Sumber : Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site