13 maut dipanah petir selepas tarawih – Terbakor

 

13 maut dipanah petir selepas tarawih 

 

Di Bangladesh, sekurang kurangnya 13 orang maut dan 20 orang cedera akibat dipanah petir setelah selesai menunaikan sembahyang Tarawih. Semua mereka dipanah petir ketika mahu keluar dari bangunan masjid.

 

Dipanah petir

 13 maut dipanah petir selepas tarawih - Terbakor

Dipanah petir selepas Tarawih

 

Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 20 yang lain cedera akibat dipanah petir di luar sebuah masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih.

Ketua Polis daerah Sylhet, Bayes Ahmed memberitahu, semua mangsa dipanah petir ketika mereka mahu keluar dari bangunan masjid.

Ada mangsa yang mati di tempat kejadian, sementara mangsa lain meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.

Imam yang mengetuai solat tarawih pada malam itu turut maut.

Sylhet terletak kira-kira 192 kilometer dari ibu negara Bangladesh, Dhaka. – Agensi

 

Sumber : Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Page 1 of 2 | Next page