Suami didakwa bunuh Eksekutif TV9, Syaleza Jaffar – Terbakor

 

Suami didakwa bunuh Eksekutif TV9, Syaleza Jaffar 

 

Misteri kematian Eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar kini terungkai apabila suaminya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh mangsa. Bulan lalu, mayat mangsa ditemui tergantung pada kipas siling di dalam bilik berkunci di rumahnya. Mangsa dikatakan mengunci diri di dalam bilik itu selepas berselisih faham dengan suaminya.

 

Syaleza Jaffar

 Suami didakwa bunuh Eksekutif TV9, Syaleza Jaffar - Terbakor

Kematian Syaleza Jaffar

Kematian eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar yang mayatnya ditemui tergantung pada kipas siling bulan lalu bakal terungkai apabila suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh wanita itu.

Eksekutif teknologi maklumat di sebuah syarikat gas dan cari gali minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hadir berpakaian baju T belang ungu dan berseluar panjang kelabu. Turut hadir di mahkamah ialah ibu dan adik-beradik tertuduh.

Sepanjang pertuduhan Norazman Bashah kelihatan sugul manakala seorang ahli keluarga tertuduh dilihat menangis.

Sumber : Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site