
Ibu belasah anak 6 tahun kerana rempeyek rosak
Seorang ibu yang berang kerana kuih rempeyekknya dirosakkan bertindak membelasah anaknya yang berusia 6 tahun sehingga berdarah hidung dan mulut. Sejurus menyedari kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan polis kerana ini kali kedua isterinya membelasah anak mereka.
Amukan rempeyek

Ibu belasah anak rosakkan rempeyek
Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut.
Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas.
Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan.
Sumber : Harian Metro




