Olimpik London 2012 : Pandelela mara ke akhir acara 10m platform wanita – Terbakor

 

Olimpik London 2012 : Pandelela mara ke akhir acara 10m platform wanita 

 

Pandelela Rinong Anak Pamg, wakil penerjun negara di Olimpik London 2012 mara ke peringkat akhir  acara 10m platform wanita  selepas menduduki tempat kelima dalam separuh akhir. Beliau mengumpul 352.50 mata untuk layak bersaing di peringkat akhir pada pukul 2 pagi nanti (Jumaat 10 Ogos 2012) waktu Malaysia.

 

Pandelela Rinong

 Olimpik London 2012 : Pandelela mara ke akhir acara 10m platform wanita - Terbakor

Pandelela Rinong Olimpik 2012

Penerjun negara Pandelela Rinong Anak Pamg mara ke peringkat akhir selepas menduduki tempat kelima dalam saingan separuh akhir acara 10m platform wanita Sukan Olimpik 2012.

Dalam acara diadakan di Pusat Akuatik di sini pada Khamis, penerjun berusia 19 tahun dari Sarawak itu mengumpul 352.50 mata untuk layak bersaing di pentas akhir yang akan berlangsung pukul 2 pagi waktu Malaysia pada Jumaat. 

Selepas menduduki tempat kedua pada pusingan awal semalam, Pandelela yang beraksi buat kali kedua pada temasya Olimpik, gagal beraksi baik pada terjunan pertama hari ini iaitu ‘forward 3 1/2 somersault’ dan keempat melibatkan ‘Inward 3 1/2 somersault’. 

Beliau mengutip, masing-masing 67.50 dan 67.20 mata bagi kedua-dua disiplin tersebut.

Penerjun China, Chen Ruolin masih mendahului acara itu dengan kutipan 407.25 mata.
 
Hanya 12 penerjun teratas akan beraksi di peringkat akhir. – Bernama

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site