Baskin Robbins tetap percuma hari ini walaupun tiada emas
Bagi menghargai usaha gigih dan semangat atlet atlet Malaysia yang mewakili negara ke London sempena Olimpik, Media Prima Bhd telah bersetuju untuk memberikan ais krim Baskin Robbins percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Awalnya, ganjaran ini akan diperoleh setelah Malaysia memiliki emas pertama, namun kini biarpun Malaysia masih belum memiliki emas, ais krim Baskin Robbins akan tetap diberikan percuma pada hari ini, 8 Ogos 2012 bermula 8 hingga 10 malam.
Baskin Robbins percuma sempena Olimpik

Baskin Robbins percuma 8 Ogos 2012
Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada semua rakyat Malaysia dengan ais krim percuma Baskin-Robbins hari ini (Rabu).
Sebelum itu, Impian Emas Negara berikrar untuk memberi ais krim percuma di cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara jika Malaysia menang pingat emas olimpik pertamanya.
Impian Emas Negara akan tetap memberi ais krim percuma hari ini (Rabu) di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.
“Setiap seorang rakyat Malaysia berhak mendapat satu skop ais krim berjenama yang diminati itu,” kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Media Prima Bhd Ahmad Izham Omar.
“Kami merasakan tiada sebab bagi kami tidak meneruskan rancangan memberi ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia selepas menyaksikan ahli sukan Malaysia mempamerkan komitmen dan semangat kesukanan masing,masing di temasya sukan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kita perlu meraikan kesemua wira yang telah membantu negara mencapai kegemilangan antarabangsa dan di dalam usaha itu, telah menyatukan kita semua,” kata Ahmad Izham lagi. – BERNAMA


kat area rumah takda kedai aiskrim ni.. tak dapat nk merasa. HAHA
My recent post Dynas Mokhtar Berkongsi Gambar Anak Keduanya, Mohamed Haqaish (5 Gambar)