
Olimpik London 2012 : Azizulhasni Awang gagal mara ke separuh akhir
Azizulhasni Awang kini terpaksa beralih tumpuan terhadap acara keirin yang akan bermula esok selepas sekadar menduduki tempat ke-8 keseluruhan acara pecut perseorangan lelaki, semalam.
Azizulhasni Awang

Azizulhasni Awang Olimpik 2012
Pelumba kelahiran Terengganu itu terpaksa beraksi dalam perlumbaan penentuan tempat ke-5/8 selepas laluannya tersekat di suku akhir yang diadakan sebelum itu.
Dalam saingan penentuan kedudukan itu, Azizulhasni yang dikenali sebagai Rocket Pocketman terpaksa bersaing dengan tiga lagi pelumba yang tewas di suku akhir membabitkan Robert Forstemann dari Jerman yang menduduki tempat ke-5, Jimmy Watkins (Amerika Syarikat) ke-6 dan Denis Dmitrey (Russia), ke-7.
Empat pelumba yang layak beraksi di separuh akhir hari ini adalah pelumba tuan rumah, Jason Kenny yang akan berentap dengan pelumba Trinidad dan Tobago, Philips Njisane Nicholas manakala satu lagi aksi menyaksikan Gregory Bauge dari Perancis menentang pelumba Australia, Shane Perkins. Acara akhir akan diadakan selepas itu.
Terdahulu, Azizulhasni yang turun beraksi di suku akhir di Olympic Velodrom, tewas dua pusingan berturut-turut kepada Kenny.Kegagalannya ke separuh akhir itu bermakna dia menyamai pencapaiannya ketika tewas kepada pemenang tiga pingat emas, Chris Hoy di Beijing empat tahun lalu.Pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad berkata kekalahan itu memang diduga kerana Azizulhasni tidak diletakkan peluang untuk mara lebih daripada peringkat suku akhir.
“Apa yang penting, acara pecut ini menyediakan peluang terbaik buat Azizul untuk memanaskan badan sebelum bermulanya acara keirin kerana peluangnya untuk menang dilihat lebih cerah ,” katanya selepas perlumbaan itu.
Azizulhasni menduduki tempat ke-7 acara keirin di Beijing empat tahun lalu selepas gagal mara ke pusingan akhir.
Sumber : Harian Metro







Setakat tu ja la atlet Malaysia…