
Sinopsis drama Kau Yang Terindah Slot Akasia TV3
Mulai 6 Ogos 2012, drama Kau Yang Terindah bakal mengganti drama Dejavu di Kinabalu dalam slot Akasia TV3. Drama ini berkonsep religi romantik dan menampil aktor Indonesia, Hafil Andrio Putra sebagai teraju utama. Jom layan sinopsis drama Kau Yang Terindah Slot Akasia TV3.
Drama Kau Yang Terindah

Sinopsis drama Kau Yang Terindah
Sedikit sinopsis drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.




