Memey komen soal Norman dan Abby mungkin rujuk semula – Terbakor

 

Memey komen soal Norman dan Abby mungkin rujuk semula 

 

Memey Suhaiza, isteri aktor Norman Hakim menjawab pertanyaan media jika suaminya dan Abby Abadi mengambil keputusan untuk rujuk semula. Jawab Memey, dia menyerahkannya kepada ketentuan takdir dan anak anak juga terbuka mengenai soal itu serta selalu bertanya bila ibu dan ayah mereka akan berkahwin semula.

 

Norman, Abby dan Memey

 Memey komen soal Norman dan Abby mungkin rujuk semula - Terbakor

Abby dan Norman mungkin rujuk semula?

“Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.

“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008. 

Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu. 

Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.

“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.

Sumber : Harian Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Page 1 of 2 | Next page