Dedah skandal NFCorp: Rafizi didakwa di bawah Bafia di mahkamah – Terbakor

 

Dedah skandal NFCorp: Rafizi didakwa di bawah Bafia di mahkamah 

 

Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp). Beliau  didakwa di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (Bafia).

Rafizi Ramli

Dedah skandal NFCorp: Rafizi didakwa di bawah Bafia di mahkamah - Terbakor

Rafizi Ramli didakwa

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu kerana mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).

Mohd Rafizi didakwa di Mahkamah Shah Alam pada pagi Rabu di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (Bafia).

Terdahulu, beliau ditahan oleh pihak polis di rumahnya pada pagi Rabu.

“Saya telah ditahan di bawah Bafia, kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan discharge (didakwa) di mahkamah Shah Alam,” kata Rafizi menerusi twitter milik beliau.

“Saya akan terus dibawa dan didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam, jadi akan didakwa jam 9 pagi,” katanya lagi.

Rafizi didakwa mendedahkan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp milik pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit di bawah Baifa.

Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR, sebagai penjamin.

Mohd Rafizi diwakili peguam, N. Surendran.

Sumber : Mstar

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site