Keputusan penuh badminton Olimpik London 2012 Lee Chong Wei vs Ville Lang – Terbakor

 

Keputusan penuh badminton Olimpik London 2012 Lee Chong Wei vs Ville Lang 

 

Lee Chong Wei dipaksa untuk bekerja keras sebelum menang ke atas pemain Finland, Ville Lang awal pagi tadi. Selaku pilihan utama, Chong Wei sepatutnya menang mudah namun mungkin disebabkan sudah dua bulan setengah beliau tidak beraksi menyebabkan persembahannya hambar.

 

Lee Chong Wei

Keputusan penuh badminton Olimpik London 2012 Lee Chong Wei vs Ville Lang - Terbakor

Badminton Olimpik 2012

APA yang sepatutnya menjadi sekadar latihan buat Lee Chong Wei hampir bertukar menjadi musibah apabila pemain utama negara itu dipaksa bekerja keras sebelum menang aksi sulung, awal pagi tadi.

Selaku pilihan utama, Chong Wei sepatutnya menang mudah ke atas pemain Finland, Ville Lang tapi sebaliknya, persembahan hambar serta kegugupan akibat tidak beraksi selama dua setengah bulan mempengaruhi persembahannya ketika menang, 21-8, 14-21, 21-11. 

Selepas selesa menang set pertama, Chong Wei bagaikan tidak mempunyai jawapan terhadap corak permainan menjadi Lang, terutama di jarring sehingga memaksa pemain nombor dua dunia itu menyerah kalah. 

“Saya memang tertekan selepas dia menang set kedua itu. Jadi, saya memaksa diri supaya menang set ketiga kerana saya begitu terdesak untuk menang,” katanya yang akan menentang juara Kumpulan B, Simon Santoso nanti.

“Apapun saya gembira kerana memenangi pertemuan pertama ini.”
 
Menurutnya, dia sebenarnya masih belum bebas daripada belenggu kecederaan dan terpaksa mengambil ubat penahan sakit sebelum memulakan perlawanan itu.

Sumber : Harian Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site