Tidak Dedah Identiti Suami Punca Kebahagiaan Rosnah Mat Aris – Terbakor

 

Tidak Dedah Identiti Suami Punca Kebahagiaan Rosnah Mat Aris 

 

Pelakon Rosnah Mat Aris menjelaskan punca kebahagiaan rumah tangganya adalah kerana dia tidak mendedahkan identiti suaminya itu kepada masyarakat. Justeru, rumahtangganya selamat daripada bualan negatif masyarakat sekaligus menimbulkan kebahagiaan kepada mereka yang telah lima tahun berkahwin itu.

 

Rosnah Mat Aris

 Tidak Dedah Identiti Suami Punca Kebahagiaan Rosnah Mat Aris - Terbakor

Perkahwinan Rosnah Mat Aris

Pelakon Rosnah Mat Aris menganggap keputusan untuk tidak mendedahkan identiti suaminya antara faktor rumah tangga yang dibina selama lima tahun itu bahagia dan bertahan tanpa sebarang pergaduhan besar.

Rosnah, 57, berkata, sifat privasi itu dibuat agar perkahwinannya dengan Tajul Efendie Isa atau lebih dikenali sebagai Blue, 30, tidak dijadikan bahan bualan negatif lebih-lebih kerana jurang usia berbeza di mana sedikit sebanyak mampu mengganggu rumah tangga mereka.

“Syukur Alhamdulillah, sudah lima tahun kami bergelar suami isteri dan sepanjang perhubungan ini belum pernah lagi ada pergaduhan besar.

“Mungkin sikap privasi saya yang enggan mendedahkan suami antara satu sebab kami hidup tenang tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Rosnah ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Baitul Fitrah di Hotel Royale Bintang, Damansara dekat sini baru-baru ini.

Tambah pelakon itu, walaupun mempunyai perbezaan umur 26 tahun, namun dia dan suaminya tidak pernah meletakkan angka usia itu sebagai sepadan dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

Malah, Rosnah tidak sangka bahawa suaminya mampu mengubah dirinya kepada seorang yang pemaaf dan lemah lembut.

“Walaupun usia suami jauh lebih muda, tetapi fikirannya lebih matang daripada saya. Dia mampu membimbing saya menjadi isteri yang lebih matang.

“Antara sebab lain kebahagiaan kami masih kukuh kerana dia juga mengajar saya untuk berbincang setiap kali masalah timbul dan ia harus diselesaikan pada masa itu juga. Maka tiadalah dendam pada keesokan harinya.

Page 1 of 2 | Next page