Remaja 19 tahun tak mahu puasa tetak ibu dengan parang – Terbakor

 

Remaja 19 tahun tak mahu puasa tetak ibu dengan parang 

 

Kerana berang dinasihati supaya berpuasa, seorang remaja berusia 19 tahun bertindak biadap dan kejam apabila dia sanggup menetak kepala ibunya dengan parang dan mencekiknya sekuat hati. Mangsa memarahi anak sulungnya yang juga seorang pengganggur itu yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

 

Remaja enggan puasa tetak ibu

Remaja 19 tahun tak mahu puasa tetak ibu dengan parang - Terbakor

Remaja berang ibu suruh puasa

 

Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.

 

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.

 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.

 

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas.

 

Sumber : Harian Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. Cendol says:

    gilaaa!!kuang hajoooo punye anak!!!!!!!!!!!
    My recent post Lawak ke der?

  2. JobSeekers says:

    babi punye budak….dah macam setan
    My recent post 265 Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site