Keputusan Perlawanan Malaysia Melawan Arsenal – Terbakor

Keputusan Perlawanan Malaysia Melawan Arsenal

 

Pasukan Harimau Malaya tewas di saat saat akhir, 2-1 dengan Arsenal pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, awal pagi tadi 25 Julai 2012. Skuad negara yang yang menjaringkan gol tunggal pada minit ke 45 mengekalkan kedudukan 1-0  hingga ke minit 87. 

 

Malaysia vs Arsenal 25 Julai 2012

 Keputusan Perlawanan Malaysia Melawan Arsenal - Terbakor

Perlawanan persabahatan Malaysia menentang Arsenal 25 Julai 2012

 

Arsenal menjaringkan dua golnya minit-minit terakhir perlawanan, sekali gus mengekalkan kemenangan tahun lalu.Tahun lalu, The Gunners menjaringkan empat gol tanpa dibalas.

Bernama melaporkan, Arsenal FC bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Malaysia 2-1 pada perlawanan persahabatan sengit.

Pasukan negara yang diberi jolokan ‘Harimau Malaya’ terlebih dahulu mencemaskan The Gunners menerusi tendangan voli Mohd Safee Sali seawal minit kelima, namun percubaannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Arsenal, Vitor Mannone.

Marouane Chamakh hampir membuka jaringan buat kelab Inggeris itu pada minit kelapan tetapi percubaannya berjaya ditolak keluar penjaga gol negara, Mohd Farizal Marlias.

Anak buah Datuk K. Rajagobal berjaya memecah kebuntuan pada masa kecederaan di separuh masa pertama apabila pemain pertahanan Mohd Azmi Muslim merembat kencang dari jarak 25 meter untuk menewaskan Mannone.

Buntu untuk mencari gol penyamaan, jurulatih Arsenal, Arsene Wenger membuat rombakan kepada pasukannya pada separuh masa kedua namun benteng pertahanan negara yang diketuai Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan S. Subramaniam
berjaya mengekang asakan pasukan lawan.

Pemain yang baharu menandatangani kontrak dengan The Gunners dari Jerman, Thomas Eisfeld berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 akibat kelalaian benteng pertahanan negara.

Pemain muda, Chuks Aneke muncul wira dengan gol kemenangan Arsenal selepas rembatannya terkena pemain pertahanan Malaysia untuk Farizal tewas buat kali kedua pada minit-minit terakhir permainan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah menyampaikan piala dan pingat kepada kedua-dua pasukan berkenaan.
Arsenal akan mengakhiri Jelajah Asia mereka menentang pasukan Kitchee FC dari Hong Kong di Stadium Hong Kong pada Ahad ini.

 
    Penjaring:
    Mohamad Azmi Muslim (min-45), Thomas Eisfeld (min-87), Chuks Aneke (min-90)
    
    MALAYSIA:
    Mohd Farizal Marlias, S.Subramaniam (Mohamad Muslim Ahmad), Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Azmi Muslim (Md Rozaimi Abd Rahman), Mohd Bunyamin Umar (Mahalii Jasuli), Safiq Rahim (Amar Rohidan), S.Kunalan (Mohamad Ashaari Samsudin), Mohd Shakir Shaari (Gary Steven Robbat), Azamuddin Mohd Akil (Shahurain Abu Samah)(Baddrol Bakhtiar), Mohd Safee Mohd Sali (Ahmad Shakir Shaari Mohd Ali), Norsharul Idlan Talaha (Mohd Khyril Muhymeen Zambri) (Mohamad Fadhli Mohd Shas).
       
    ARSENAL FC:
    
    Separuh masa pertama:
    Vito Mannone, Thomas Vermaelen, Johan Djourou, Carl Jenkinson, Kieran Gibbs, Andre Santos, Abou Diaby, Mikel Arteta, Francis Coquelin, Gervinho, Maraoune Chamakh.

    Separuh masa kedua:
    Vito Mannone, Theo Walcott, Alex Oxlade Chamberlain, Alex Song, Ryo Miyachi, Nico Yennaris, Graig Eastmond, Ignasi Miquel, Kyle Bartley, Chuks Aneke, Benik Afobe.
    
    Pengadil: Suhaizi Shukri    

 

Sumber : Sinar Harian

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. NAsibKolahGopal says:

    RajaGopal ni memang dah tak ada idea nak defend. 10 minit terakhir mesti malaysia kena dua atau tiga gol. Kim Swee pun sama. Dua2 memang tahap tu je.

    Susah2 skor lepas tu defenders bagi masuk gol senang.

    Basic, safety first, tendang bola keluar. ini tidak, kesilapan yang sama, teknik defending yang mcam budak sekolah itulah yang ditunjukan. Bahlol sangat ke pemain kita tak boleh makan ajar atau coach Gopal bodoh?

    Tiap2 kali main full back kiri mesti bagi fwd lawan bagi hantaran pull back.

    Tackle mcm pondan je. Sampai bila Melaysia nak menang world cup ni..
    Full back yang lain mcm tak tahu pula. Bola mesti pull back duk tunggu je.

    Ngok2. Malu tenguk gol Arsenal.

    Fwd arsenal boleh gentel empat atau lima pemain Malaysia dan skor!

    GAry Steven Robert pula suka pass tiga kaki pada rakan. Ya rabbiii kalau midfield pass 3 kaki baik
    tak payah main…

    Dapat bola tak tahu nak buat apa. Pass pada rakan sebelah.. mcam tu main? One two passing tak tahu ke?

    Bahlol betul. Memalukan mcm budak sekolah main. Ini belum lagi Messi. Tah negro mana pun lepas juge..

    • lalala says:

      apa kata en. ganti ja RajaGopal tu? mana tau lepas ni malaysia layak ke piala dunia atas bimbingan en NAsibKolahGopal ni.

    • muhebak says:

      hebak mu nie. mu pegi ganti gopal mau? g la. mu bijok sugguh. bijok2. susoh skrg jumpo ore bijok cakap ni.

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site