[Gambar] 10 maut akibat hujan paling lebat di Beijing – Terbakor

 

[Gambar] 10 maut akibat hujan paling lebat di Beijing

Hujan paling lebat dalam tempoh 60 tahun melanda Beijing yang menyebabkan banjir mengakibatkan 10 orang maut. Selain itu, kira kira 80,000 orang terperangkan di dalam sebuah lapangan terbang utama di situ. Bagaimanapun, sistem tren bawah tanah tidak terjejas walaupun terdapat ramai orang yang menggunakan perkhidmatan itu untuk pulang ke rumah selepas mereka tidak dapat menggunakan teksi, bas dan kereta sendiri.

 

 Hujan lebat dalam tempoh 60 tahun di Beijing

[Gambar] 10 maut akibat hujan paling lebat di Beijing - Terbakor

[Gambar] 10 maut akibat hujan paling lebat di Beijing - Terbakor

 Hujan lebat di Beijing akibatkan 10 maut

Seramai 10 orang maut selepas hujan paling lebat dalam tempoh 60 tahun melanda ibu kota China ini yang turut menyebabkan banjir, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Kira-kira 80,000 orang turut terperangkap di sebuah lapangan terbang utama di sini ekoran hujan tersebut.

Hujan itu bermula pada waktu tengah hari kelmarin dan berterusan sehingga malam.

Beberapa batang jalan raya turut dilanda banjir.

Menurut agensi berita tersebut, dua orang terbunuh selepas bumbung sebuah bangunan runtuh manakala seorang lagi maut dipanah petir di pinggir Tongzhou.

Beberapa kematian lain berlaku disebabkan kejutan elektrik ekoran tiang elektrik tumbang, lapor Xinhua.

Menurut Beijing News, lebih 500 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

Bagaimanapun, sistem tren bawah tanah tidak terjejas walaupun terdapat ramai orang yang menggunakan perkhidmatan itu untuk pulang ke rumah selepas mereka tidak dapat menggunakan teksi, bas dan kereta sendiri.

Menurut Xinhua, ibu kota ini menerima secara puratanya kira-kira 170 milimeter (mm) hujan.

Ia melaporkan daerah perbandaran Fangshan menerima sebanyak 460mm hujan. – Reuters

 

Sumber : Kosmo

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site