[Video] Pegawai polis ditahan pukul pekerja hotel dengan pistol – Terbakor

 

 [Video] Pegawai polis ditahan pukul pekerja hotel dengan pistol

 

Susulan penyebaran video CCTV seorang pegawai polis memukul pekerja hotel yang tersebar di Youtube baru baru ini, polis menahan suspek berpangkat Inspektor (ada juga yang kata Sarjan) itu bagi tujuan siasatan. Salah faham dikatakan berpunca daripada pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

 

Video CCTV Polis pukul pekerja hotel 

 [Video] Pegawai polis ditahan pukul pekerja hotel dengan pistol - Terbakor

 

Polis pukul pekerja hotel dengan pistol

 

SEREMBAN 18 Julai – Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban 2 di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

Kejadian selama 10 minit itu turut dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, pegawai polis yang berang dan tidak berpuas hati itu memanjat kaunter lobi sebelum memukul salah seorang pekerja hotel di bahagian telinga menggunakan belakang pistol miliknya.

“Polis itu menunjukkan pistolnya sebelum memukul saya dan ia mengenai bahagian telinga setelah saya beritahu akan laporkan kejadian ini kepada pihak polis.

“Beberapa minit kemudian, sebuah kereta peronda polis dengan dua anggota tiba untuk mengawal dan menenangkan keadaan sebelum menghantar saya ke hospital untuk dirawat,” kata mangsa.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Polis masih menyiasat punca pegawai itu bertindak demikian. Selain itu, kawad cam akan dijalankan dan ketika ini, pegawai polis itu ditahan untuk membantu siasatan,” jelasnya.

 

Sumber : Utusan

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. arulchelsea says:

    kejap lg senyap la kes ni..

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site