Website tawar pakej lengkap nikah di Thailand dikenalpasti – Terbakor

 

Website tawar pakej lengkap nikah di Thailand dikenalpasti 

 

Kami mahu berkongsi beberapa pendedahan mengenai laman web yang menawarkan pakej lengkap pernikahan di Thailand. Dengan pakej serendah RM 1,250 pasangan yang mahu bernikah secara senyap senyap di Thailand ditawarkan dengan pelbagai pakej. Lebih 10 laman web dikesan menawarkan pakej serupa.

 

 Website tawar pakej nikah di Thailand

Website tawar pakej lengkap nikah di Thailand dikenalpasti - Terbakor

Pakej Akad Nikah di Thailand 

Antara yang di tawarkan di dalam Pakej Akad Nikah di Thailand ini ialah,

Pengangkutan Percuma dari Bukit Kayu Hitam atau Hatyai Airport.
Pengangkutan Percuma semasa berada di Thailand yang berkaitan dengan urusan nikah kahwin dan konsulat (2 hari).
Pengangkutan percuma dari airport Hatyai ke Majlis Agama Islam dan tempat penginapan.
Makan tengah hari atau makan petang percuma (2 hari).
Penginapan/hotel percuma (satu malam) di hotel bertaraf 3 bintang yang terpilih.
Bayaran kepada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
Bayaran kepada Kadi dan Saksi.
Bayaran kepada Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
Bayaran fotostat dokumen.
Percuma – Nota Panduan mendaftar pernikahan semula di Malaysia (CD)
Percuma – Gambar dan video clip majlis akad nikah..

Website tawar pakej lengkap nikah di Thailand dikenalpasti - Terbakor

Hisham (bukan nama sebenar), merupakan seorang agen bagi pakej yang ditawarkan ini berkata, mereka mula menawarkan pakej itu sejak beberapa tahun lalu dengan mengiklankan perkhidmatannya menerusi internet.

Hisham turt menambah, secara purata dia berjaya menguruskan 30 pasangan setahun ke Selatan Thailand dan mengenakan bayaran RM1,500 bagi setiap pasangan.

 Website tawar pakej lengkap nikah di Thailand dikenalpasti - Terbakor

Bayaran yang mereka kena ini cukup murah jika hendak dibandingkan dengan ejen lain yang mengenakan bayaran sehingga lebih RM4,000,” sahutnya.

Hisham juga mengakui yang beliau sering dilemparkan kata sinis dan kasar menerusi komen dalam Facebooknya terutama oleh kaum wanita, namun itu tidak pernah menghalangnya untuk terus menawarkan perkhidmatan itu.

Perbandingan Tempat Nikah di Thailand

Website tawar pakej lengkap nikah di Thailand dikenalpasti - Terbakor

Apa yang penting kata Hisyam ialah, apa yang dilakukannya bertujuan ikhlas dan mahu mengelak orang Islam dari terus terjebak dengan maksiat.

“Saya bukan berniat menggalakkan masyarakat kita berkahwin di negara jiran dan melanggar peraturan negara ini, namun ia satu cara mengelakkan mereka melakukan maksiat,” katanya.

Beliau yang turut yang berkahwin dengan wanita warga Thailand dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan itu berkata, kebanyakan pasangan mendapatkan perkhidmatannya berusia 35 hingga 50 tahun atas tujuan berpoligami, termasuk golongan profesional berpangkat seperti Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Namun begitu, menurut yang tertulis [lihat printscreen di atas] di laman web tersebut, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menetapkan bahawa tempat nikah di dalam Wilayah Songkhla, bagi penduduk asing, hanya satu tempat, iaitu pejabat Majlis Agama Islam Songkhla itu sendiri.

Menurut mereka, ini adalah jaminan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Songkhla adalah sah dan mengikut peraturan, yang memenuhi hukum syarak.

p/s : Kalau boleh tak payah lah ye. Bayangkan, apa perasaan si isteri bila suaminya nikah lain senyap senyap di Thailand? Runtuh rasa hormat dan sayang. :)

Sumber : Forblogger.net

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site