1Malaysia For Youth (1M4U) tawar RM100 juta – Terbakor

 

1Malaysia For Youth (1M4U) tawar RM100 juta

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM 100 juta bagi penubuhan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M). Dana itu bertujuan untuk merangsang aktiviti sukarelawan dalam kalangan belia. Beliau mengumumkan peruntukan untuk dana itu pada pelancaran program 1Malaysia For Youth (1M4U) di Esplanade KLCC semalam.

 

1M4U

1Malaysia For Youth (1M4U) tawar RM100 juta - Terbakor

PM umum dana RM 100 juta

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi penubuhan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) yang bertujuan merangsang aktiviti sukarelawan dalam kalangan belia.

Perdana Menteri berkata, dana tersebut akan disalurkan kepada pertubuhan belia, badan bukan kerajaan dan kumpulan belia yang tidak menganggotai mana-mana pertubuhan sukarelawan.

“Saya harap dana ini akan dapat mewujudkan gerakan besar-besaran dalam aktiviti sukarela, contohnya gotong-royong, membersihkan pantai atau mengadakan kelas tuisyen untuk kanak-kanak Orang Asli.

“Kita bukan mahu mengajar (belia) dengan dana yang mewah tetapi mereka perlu ada sokongan untuk mengadakan program dan aktiviti,” katanya pada pelancaran program 1Malaysia For Youth (1M4U) di Esplanade KLCC di sini semalam.

Program sehari yang diisi dengan pelbagai aktiviti sukarela itu dihadiri kira-kira 50,000 belia dari seluruh negara.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Najib berkata, belia yang berminat boleh memohon dana DRe1M melalui laman webwww.1m4youth.com.my.

Beliau menambah, bagi memastikan setiap program di bawah platform 1M4U berjalan lancar, kerajaan menubuhkan Lembaga Pemegang Amanah 1M4U.

Sumber : Kosmo 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site