Bercerai kerana dengar ceramah Hasan Ali – Terbakor

Bercerai kerana dengar ceramah Hasan Ali

 

Sepasang warga emas bercerai kerana perbezaan politik. Che Hasnah Che Ahmad, 61 diceraikan dengan talak satu oleh  Yahaya Ibrahim, 71 selepas 14 tahun berkahwin selepas Che Hasnah menghadiri ceramah Datuk Dr. Hasan Ali. Katanya lagi, selepas pulang dari ceramah itu, Yahaya mengatakannya sesat lalu berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari situ.

 

Cerai kerana perbezaan politik

Bercerai kerana dengar ceramah Hasan Ali - Terbakor

Suami cerai isteri kerana Hasan Ali

Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.

Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.

Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.

Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.

Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.

“Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.

“Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Sumber : Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. Boni Kacak says:

    hadoi..kenapalah sebab politik sampai boleh bercerai berai.. adoiyai
    My recent post Dek Kerana Bisul, Aku Mendapat Ilham

  2. si isteri pun satu. yg p dgr ceramah x bgtau isteri. psl apa…
    My recent post Banner

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site