Tom Cruise kongkong, layan Katie Holmes macam robot – Terbakor

Tom Cruise kongkong, layan Katie Holmes macam robot
Setelah berita mengenai penceraian Tom Cruise dan Katie Holmes tersebar di media, beberapa cerita mengenai rumah tangga pasangan selebriti Hollywood itu turut tersebar. Media Barat melaporkan, di sebalik paparan mengenai kebahagian mereka, rupanya Katie Holmes menanggung derita kerana hidupnya dikongkong dan dikawal ketat oleh Tom Cruise.
Tom Cruise dan Katie Holmes

Tom Cruise kongkong Katie Holmes
Di sebalik paparan rumah tangga yang bahagia di media, rupa-rupanya Katie Holmes hidup dalam suasana serba tertekan apabila suaminya, Tom Cruise, mengenakan pelbagai syarat ketat.
Semalam, beberapa media mula menerbitkan beberapa maklumat dalaman mengenai keluarga selebriti itu.
Ada antara media itu mendakwa Katie dikawal Cruise seperti sebuah robot, manakala akhbar lain mendedahkan, hero filem Mission Impossible itu banyak campur tangan dalam aktiviti seni isterinya. Akhbar di AS melaporkan, Cruise melarang penerbit filem memaparkan gambar Katie berkucupan dengan sebarang pelakon yang terbabit dalam produksi mereka. Cruise, 50, juga digelar sebagai “tok dalang” dalam setiap tindakan Katie sehingga akhirnya aktres terbabit berasa meluat dan bosan dengan situasi itu.
Kemuncak kepada perasaan Katie itu, dia mengumumkan perpisahannya dan memfailkan perceraian. Satu laman sesawang hiburan pula mendakwa, Cruise mengarahkan pengeluar filem Thank You For Smoking yang diterbitkan pada 2005 supaya memadamkan sebarang gambar promosi menunjukkan Katie bercium dengan Aaron Eckhart.
Ketika itu, kata sumber, Katie dan Cruise baru saja mula berpacaran.
Menurut sumber, Cruise enggan membenarkan Katie, 33, menaiki penerbangan dengan pelakon filem Batman Begins ketika produksi itu baru diterbitkan.
“Syarat itu menyebabkan seorang lagi pelakon filem itu, Morgan Freeman, menganggap tindakan Cruise sebagai memualkan,” katanya. Menurut sumber itu, Cruise melayan Katie seolah-olah robot.
Page 1 of 2 | Next page