Suami minta cerai mahukan isteri berkarier, berpendidikan dan buat kerja rumah – Terbakor
Suami minta cerai mahukan isteri berkarier, berpendidikan dan buat kerja rumah
Seorang lelaki dari India, Bapat memfaikan penceraian selepas isterinya, Pnerna tidak mahu melahirkan anak dengan alasan kedudukan kewangan mereka yang belum stabil. Di samping itu, peguam lelaki itu menyatakan anak guamnya mahukan seorang isteri yang berkerjaya, berpendidikan dan akan melakukan semua kerja rumah. Namun hakim yang menyelia kes itu menjawab “Isteri adalah seorang wanita dan bukanya seorang hamba.” Pasangan itu berkahwin atas aturan keluarga pada tahun 2007.
p/s : Apa kau ingat itu isteri itu orang gaji atau hamba abdi??? Teringat satu petikan dalam filem Cinta; isteri itu bukan hak milik, tetapi anugerah.
Lelaki minta cerai mahu isteri sempurna

Suami minta cerai mahu isteri sempurna
Bapat memfailkan perceraian selepas isteri beliau, Prerna, tidak mahu memberikan beliau anak, isterinya selalu menegaskan bahawa Bapat harus menggunakan kondom apabila pasangan itu mahu mengadakan hubungan seks.
Sebagai alasan untuk tidak mahu hamil, isterinya mengatakan bahawa kewangan mereka yang masih belum stabil. Dan si isteri mahu menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk bakal anak-anak mereka nanti.
Pradeep dan Prerna berkahwin diatas perkahwinan yang diaturkan pada Februari 2007.
Peguam Bapat memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya inginkan seorang wanita yang berpendidikan, mempunyai pekerjaan yang baik, dan juga yang akan melakukan semua kerja-kerja rumah.
Di daerah Majmudar, seorang hakim Mahkamah Tinggi yang menyelia kes itu, menjawab, “Isteri adalah seorang wanita dan bukanya seorang hamba.”
Di mahkamah, Bapat mengemukakan pelbagai aduan lain tentang perkahwinan mereka, termasuk isterinaya yang tidak pandai memasak dan membersihkan rumah.
Pada akhirnya, Mahkamah Tinggi Bombay menolak aduan tersebut, dengan menyatakan aduan itu tidak boleh digunapakai untuk alasan penceraian. Malah pihak mahkamah menyifatkan segala aduan tersebut hanyalah masalah di dalam perkahwinan yang dihadapi oleh semua pasangan.
Juri Keadilan Anoop Mohta, menyatakan bahawa pasangan yang bakal berkahwin menerusi perkahwinan yang diaturkan haruslah mengenali antara satu sama lain sebelum mengikat tali perkahwinan. Hakim juga mengulas bahawa ia adalah “kewajipan ibu bapa untuk mempertimbangkan pelbagai aspek sebelum perkahwinan yang sebenar berlaku.”
Menurut data daripada UNICEF (disahkan 6 Februari, 2012), 90 peratus daripada perkahwinan di India adalah menerusi perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga. Angka global untuk perkahwinan yang diaturkan ialah 55 peratus.
Page 1 of 2 | Next page