[Gambar] Pian Cecupak disuntik 760 batang jarum suntikan kolagen – Terbakor

[Gambar] Pian Cecupak disuntik 760 batang jarum suntikan kolagen

 

Pian Cecupak mendedahkan bagaimana dia menahan sakit apabila 760 batang jarum suntikan kolagen disuntik ke punggungnya. Dia berkata, jarum itu disuntik ketika dirinya dalam keadaan sedar. Artis yang penuh dengan kontroversi itu, , Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41 juga menyuntik kolagen pada pipi, dagu dan hidung dengan kos puluhan ribu ringgit. Namun kini, dia akui menyesal dengan tindakannya.

 

Pian  Cecupak buang kolagen

[Gambar] Pian Cecupak disuntik 760 batang jarum suntikan kolagen - Terbakor

[Gambar] Pian Cecupak disuntik 760 batang jarum suntikan kolagen - Terbakor

Kisah Pian Cecupak cucuk kolagen

Saat itu, saya berasa sakit yang tidak tertanggung. Bayangkan, saya dalam keadaan sedar ketika jarum ditusuk ke kulit.

“Sebelah punggung saja memerlukan kira-kira 380 batang jarum dan bayangkan saya suntik kedua-dua belah. Ini bermakna ada 760 batang jarum pada punggung,” kata artis kontroversi, Pian Cecupak menceritakan kesakitan ditanggung ketika membuat suntikan kolagen pada punggung.

Selain punggung, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, turut melakukan suntikan kolagen pada kedua-dua pipi, dagu dan hidung dengan kos mencecah puluhan ribu ringgit.

“Saya mengaku membuat suntikan itu lapan tahun lalu. Namun, itulah kali pertama dan terakhir saya lakukannya. Disebabkan mahu kulit lebih mulus dan anjal di samping bentuk punggung menarik, saya tak fikir risiko yang bakal ditanggung,” katanya kepada Metro Ahad.

 

Sumber : Harian Metro

Speak Your Mind

*