Empat maut dirempuh lori ketika berbual di tepi jalan – Terbakor

 

Empat maut dirempuh lori ketika berbual di tepi jalan 

 

Tiga beranak termasuk seorang rakan mereka terbunuh selepas dirempuh sebuah lori ketika sedang berbual di tepi jalan. Kejadian berlaku ketika tiga beranak itu yang menaiki sebuah motosikal berhenti di bahu jalan untuk berjumpa dengan seorang rakan. Secara tiba tiba, sebuah lori datang dari arah belakang lalu merempuh mereka berempat. 

 

p/s : Hati hati…

 

Dirempuh ketika berbual di tepi jalan

Empat maut dirempuh lori ketika berbual di tepi jalan - Terbakor

Maut dirempuh di tepi jalan

 

Empat orang termasuk tiga beranak menemui ajal selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Tampin-Gemas di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, H. Duraiswami, 34, isteri, A. Mere Minna, 37 dan anak lelaki mereka, Kugan, 2, maut di akibat cedera parah di kepala dan badan.

Turut terkorban dalam kejadian itu ialah rakan Duraiswami yang dikenali sebagai Samugam, 60.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika tiga beranak itu yang menaiki sebuah motosikal berhenti di bahu jalan untuk berjumpa dengan Samugam.

Katanya, secara tiba-tiba sebuah lori dari arah belakang dipercayai terbabas dan merempuh kesemua mangsa tersebut.

“Ekoran kejadian itu, Mere Minna dan anaknya maut di tempat kejadian manakala suami mangsa dan seorang lagi pejalan kaki disahkan mati ketika mendapat rawatan di Hospital Tampin,” katanya di sini semalam.

Katanya, pihaknya menahan seorang pemandu lori berusia 31 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Loading...

Latest Comments

  1. cerita apakah July 9, 2012

Leave a Reply