Uncle Seekers disahkan ambil morfin – Terbakor

 

Uncle Seekers disahkan ambil morfin

 

Pengkaji paranormal, Uncle Seekers yang ditahan beberapa hari lalu kerana dakwaan memfitnah Sultan Johor di dalam blognya disahkan positif mengambil dadah jenis morfin. Ujian air kencing terhadap  Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas  itu telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. Bagaimanapun, teman wanitanya disahkan tidak mengambil dadah.

 

Uncle Seekers vs Sultan Johor

 Uncle Seekers disahkan ambil morfin - Terbakor

Uncle Seekers ditahan fitnah Sultan Johor

Pengkaji paranormal, Uncle Seekers yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Sultan Johor melalui blognya disahkan positif mengambil dadah jenis morfin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Akhir Ishak berkata, ujian air kencing terhadap Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini semalam.

“Hasil ujian air kencing tersebut, Uncle Seekers didapati positif morfin. Polis kemudian membuat satu laporan polis terhadap kesalahan dilakukan oleh Uncle Seekers,” kata beliau.

Menurut beliau, kesalahan mengambil dadah terhadap Uncle Seekers disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000.

Bagaimanapun, Mohd. Akhir berkata, ujian sama yang dilakukan terhadap teman wanita Uncles Seekers, Siti Nadhirah Mohd. Zain, 26, mendapati wanita berkenaan negatif dadah.

Sumber : Kosmo 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site