Suami belasah isteri berang cerita mati pucuk tersebar – Terbakor

 

Suami belasah isteri berang cerita mati pucuk tersebar

 

Seorang wanita dicekik dan dibelasah dengan kerusi oleh suaminya yang berang selepas cerita dia mati pucuk tersebar kepada jiran. Kejadian berlaku pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita mengenai rumah tangganya kepada para jiran. Wanita warga Indonesia itu walaubagaimanapun terselamat dari dibelasah dengan lebih teruk apabila dia sempat menghubungi polis.

 

p/s : Pada kami, kedua duanya salah. Seorang isteri tidak patut menceritakan kisah rumahtangga kepada orang lain dan si suami tidak patut memukul. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Renung renungkanlah. 

 

 

Suami berang cerita mati pucuk tersebar

Suami belasah isteri berang cerita mati pucuk tersebar - Terbakor

Suami mati pucuk belasah isteri

Akibat menjaja cerita suami sendiri mati pucuk, seorang wanita dicekik dan dibelasah dengan kerusi apabila suaminya itu mengamuk selepas mendapat tahu berita yang mengaibkan itu tersebar di kawasan perumahannya.

Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk.   

Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi  oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil.

“Sejak mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya,” katanya.

Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya.

Suami wanita itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar  menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga.

“Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling  kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia,” katanya. 

Sumber : Sinar Harian

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site