Wanita ini dipenjara kerana mempertahankan diri dari dirogol! – Terbakor

 

Wanita ini dipenjara kerana mempertahankan diri dari dirogol!

 

Kami mahu berkongsi satu berita mengenai seorang wanita berusia 24 tahun yang dijatuhi hukuman penjara kerana membunuh lelaki yang mahu merogolnya. Bayangkan korang di tempat wanita berkenaan! Sudahlah diancam oleh lelaki asing yang mahu merogolnya, dia yang cuba mempertahankan diri pula dihukum penjara atas kesalahan membunuh. Di mana keadilan?

 

 S Kalaichelvi

Wanita ini dipenjara kerana mempertahankan diri dari dirogol! - Terbakor

We want Justice for S Kalaichelvi!

Di Ipoh, kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010. 

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya. 

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan “pembunuhan kejam”, tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!

Di bawah ini pula berita penuh yang dilaporkan dalam The Star Online.

IPOH: A 24-year-old housewife was sentenced to two years’ jail for culpable homicide for killing a man who allegedly repeatedly pressured her to have sex.

High Court judge Justice Zainal Adzam Abd Ghani found S. Kalaichelvi guilty of killing M. Kumaran, 30, at her home in Taman Bistari, Ayer Tawar, on Jan 7 last year between 3am and 3.30am.

”According to the facts of the case, the act was done in a cruel manner.

”The accused had also tried to dispose of the evidence after killing him with a stainless steel parang and a rod,” he said in his judgment here yesterday.

The prosecution had amended the charge from Section 302 of the Penal Code for murder which carries the mandatory death penalty to Section 304A for causing death by negligence.

The latter charge carries a maximum two years’ jail or a fine, or both upon conviction.

Justice Zainal Adzam ruled that the sentence would run from the date of her arrest on Jan 10 last year.

According to the facts of the case, Kalaichelvi had killed Kumaran using both weapons in self-defence.

During mitigation earlier, defence counsel Charan Singh said Kalaichelvi had acted in self-defence when Kumaran broke into her house and demanded that he “sleep with her”.

“Kalaichelvi was also pregnant at the time and was only protecting herself.

“She is a mother of three children, aged one, five and six,” Charan Singh said, adding that Kalaichelvi was also a first-time offender.

Deputy Public Prosecutor Nur Laila Mohamed Nazil said a post mortem report showed that there were multiple slash wounds on the deceased’s head.

“The accused hacked the victim repeatedly on his head,” she said, urging the court to mete out a sentence commensurate with the offence.

Nur Laila also told the court that Kalaichelvi’s husband G. Kalipar, 26, would be charged under Section 201 for disposing of the evidence related to the killing.

Link asal berita The Star <<—-

Link berita dari Harian Metro <<——–

p/s : Dah terbalik dah sekarang ni. Kami ibarat terkunci mulut. Di mana keadilan untuk wanita ini? Bayangkan jika kita atau ahli keluarga kita di tempat S Kalaichelvi? Sanggupkah kita menyerahkan diri kita kepada perogol hanya kerana tidak mahu dihukum bila kita cuba mempertahankan diri nanti? 

 

Like sekarang dan tunjukkan sokongan korang —>>> WE WANT JUSTICE FOR S KALAICHELVI!! 

 p/p/s : Tak mustahil perkara begini akan terkena pada kita nanti…

Loading...

Latest Comments

  1. Girtania D July 4, 2012
  2. nurshops July 4, 2012
  3. Tuah July 5, 2012
  4. Lady Gaga July 5, 2012
  5. zack ryyan July 5, 2012
  6. sha July 5, 2012
  7. Amey July 5, 2012
    • kesuma July 8, 2012
      • Terbakor July 8, 2012
        • Zil-el-Saif December 21, 2016
  8. he'aven September 3, 2012
  9. Bukanakutakmahu September 3, 2012
  10. HanyaSekadarBerkongsiPendapat September 18, 2012
  11. gogo October 11, 2012

Leave a Reply