[Gambar] Sanggup bogel halang ambulans rawat kekasih suami – Terbakor

Sanggup bogel halang ambulans rawat kekasih suami

 

Anggota polis terpaksa dihubungi ekoran tindakan seorang wanita yang sanggup berbogel di hadapan ambulans untuk menghalang petugas ambulans itu daripada merawat kekasih suaminya. Wanita itu, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China pada mulanya melanggar melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun kerana berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya. Dia kini berdepan tuduhan membunuh dan berdepan hukuman mati.

 

Pendapat Terbakor la kan, rugi, tersangat rugi perempuan ni membuat tindakan mengikut emosi. Lantakkan aje si suami tu curang. Memang sakit hati, tapi sekarang tengok! Dah dikenakan hukuman mati, lepas ni ingat si suami tu akan sedih? Takda nya, lepas ni dia akan buat hubungan dengan perempuan lain pulak. 

 

Wanita bogel halang rawat kekasih suami

 Sanggup bogel halang ambulans rawat kekasih suami - Terbakor

Sanggup bogel halang ambulans rawat kekasih suami - Terbakor

Wanita China halang ambulans rawat kekasih suami

 Anggota polis terpaksa dihubungi untuk menangani seorang wanita bogel yang berbaring di depan sebuah ambulans bagi menghalang kenderaan itu membawa kekasih suaminya yang cedera ke hospital, semalam.

Zhang Shih, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun ekoran berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

Namun, ketika petugas khidmat kecemasan tiba, dia melakukan apa saja yang boleh bagi menghalang dua beranak itu mendapatkan rawatan walaupun selepas polis mengacukan pistol ke arah tubuh bogelnya.

 

“Dia menghalang semua orang daripada memberikan bantuan,” kata jurucakap polis.

“Kemudian apabila ambulans tiba, dia menanggalkan pakaiannya dan berbaring di depan kenderaan itu bagi menghalang ia membawa mangsa ke hospital,” katanya.

Zhang yang berang didakwa melanggar Wang dan anak perempuannya dengan keretanya selepas bertengkar dengan suaminya mengenai kecurangan lelaki itu.

 

Menurut polis, ibu dua anak itu kemudian berdiri mengawal dua mangsa yang cdera parah itu bagi menghalang sesiapa pun menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka.

Dia juga dituduh menumbuk seorang petugas paramedik yang merawat anak perempuan Wang menyebabkan petugas terbabit membiarkan kanak-kanak itu yang kemudian mati akibat kecederaan dialami.

 

Zhang yang juga seorang guru sekolah rendah kini berdepan dengan tuduhan membunuh, kata pendakwa raya. Sekiranya disabitkan bersalah dia mungkin berdepan hukuman mati.

“Ini bukan jenayah mengenai cemburu. Dia menghalang dua mangsa menerima rawatan perubatan selama hampir setengah jam,” kata pendakwa raya. – DM

 

 Sumber : Harian Metro

 

Apa komen anda?