Anak VVIP didakwa kerana serang peninju negara – Terbakor

 

Anak VVIP didakwa kerana serang peninju negara 

 

Seorang anak orang kenamaan VVIP, Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dan rakannya Alex Foo Hee Wee, 41, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24. Mereka berdua didakwa bersama empat individu lain yang masih bebas. Ketika di mahkamah, kedua dua mereka mengaku tidak bersalah.

 

Anak VVIP didakwa cederakan peninju negara

Anak VVIP didakwa kerana serang peninju negara - Terbakor

Anak VVIP belasah peninju negara

 Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dan Alex Foo Hee Wee, 41, bersama empat lagi yang masih bebas dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan pada 6 Mei lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada tarikh berkenaan antara jam 4.30 pagi hingga 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini, dengan menggunakan senjata tumpul.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke kamar pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Hakim Zamri Bakar menetapkan tarikh 12 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap tertuduh.

Sumber : Sinar Harian

Apa komen anda?